Ulama dari Yaman Syaikh Ali bin Muhammad asy-Syaukani menjelaskan tentang kebolehan tradisi umat Islam menghadiahkan bacaan Al-Quran untuk mayit, baik di masjid maupun di rumah:

العادة الجارية في بعض البلدان من الاجتماع في المسجد لتلاوة القرآن على الأموات وكذلك في البيوت وسائر الاجتماعات التي لم ترد في الشريعة لا شك إن كانت خالية عن معصية سالمة من المنكرات فهي جائزة لأن الاجتماع ليس بمحرم بنفسه لا سيما إذا كان لتحصيل طاعة كالتلاوة ونحوها ولا يقدح في ذلك كون تلك التلاوة مجعولة للميت فقد و رد جنس التلاوة من الجماعة المجتمعين كما في حديث اقرأوا يس على موتاكم وهو حديث صحيح ولا فرق بين تلاوة يس من الجماعة الحاضرين عند الميت أو على قبره وبين تلاوة جميع القرآن أو بعضه لميت في مسجده أو بيته اه (الرسائل السلفية للشيخ علي بن محمد الشوكاني ص : 46)

“Tradisi yang berlaku di sebagian negara dengan berkumpul di masjid untuk membaca al-Quran dan dihadiahkan kepada orang-orang yang telah meninggal, begitu pula perkumpulan di rumah-rumah, maupun perkumpulan lainnya yang tidak ada dalam syariah, tidak diragukan lagi apabila perkumpulan tersebut tidak mengandung maksiat dan kemungkaran, hukumnya adalah boleh. Sebab pada dasarnya perkumpulannya sendiri tidak diharamkan, apalagi dilakukan untuk ibadah

seperti membaca al-Quran dan sebagainya. Dan tidaklah dilarang menjadikan bacaan al-Quran itu untuk orang yang meninggal dunia. Sebab membaca al-Quran secara berjamaah ada dasarnya seperti dalam hadis: Bacalah Yasin pada orang-orang yang meninggal dunia. Ini adalah hadis sahih. Dan tidak ada bezanya antara membaca Yasin berjamaah di depan mayit atau di kuburannya, membaca seluruh al-Quran atau sebahagian daripadanya, untuk mayit di masjid atau di rumahnya “(Rasail al-Salafiyah, Syaikh Ali bin Muhammad as Syaukani, 46)

Dengan demikian, tradisi semacam ini sudah banyak dilakukan oleh umat Islam di negeri Arab. Dan tidak benar kalau amaliah ini berasal dari Hindu-Buddha.

Berkenaan dengan tradisi kita di Jawa, Syaikh Muhammad Ali bin Husain al-Maliki ditanya seputar tradisi sedekah makanan di Jawa, beliau menjawab:

اعلم ان الجاويين غالبا اذا مات احدهم جاؤوا الى اهله بنحو الارز نيئا ثم طبخوه بعد التمليك وقدموه لاهله وللحاضرين عملا بخبر “اصنعوا لال جعفر طعاما” وطمعا في ثواب ما في السؤال بل ورجاء ثواب الاطعام للميت على ان العلامة الشرقاوي قال في شرح تجريد البخاري ما نصه والصحيح ان سؤال القبر مرة واحدة وقيل يفتن المؤمن سبع والكافر اربعين صباحا ومن ثم كانوا يستحبون ان يطعم عن المؤمن سبعة ايام من دفنه اه بحروفه (بلوغ الامنية بفتاوى النوازل العصرية مع انارة الدجى شرح نظم تنوير الحجا)

“Ketahuilah, pada umumnya orang-orang Jawa jika diantara mereka ada yang meninggal dunia, maka mereka datang pada keluarganya dengan membawa beras mentah, kemudian memasaknya selepas proses serah terima, dan dihidangkan untuk keluarga dan para pelayat, untuk mengamalkan hadis: ‘Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far ‘dan untuk mengharap pahala sebagaimana dalam soalan (pahala tahlil untuk mayit), bahkan pahala sedekah untuk mayit. Hal ini berdasarkan pendapat Syaikh al-Syarqawi dalam syarah kitab Tajrid al-Bukhari yang berbunyi:



Pendapat yang sahih bahawa pertanyaan dalam kubur hanya satu kali. Ada pendapat lain bahawa orang mukmin mendapat ujian di kuburnya selama 7 hari dan orang kafir selama 40 hari tiap pagi. Oleh kerananya para ulama terdahulu menganjurkan memberi makan untuk orang mukmin selama 7 hari selepas tanah perkuburan “(Bulugh al-Amniyah dalam kitab Inarat al-Duja 215-219).
loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Hidayah milik Allah SWT. © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top