Pengertian Rasuah
Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.”
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ini bukan rasuah, tapi upah’.

Pengharaman Rasuah
Menurut syara‘ rasuah adalah tergolong dalam perbuatan dosa-dosa besar, kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an, hadis dan ijma’ para ulamaseperti berikut :

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
????? ??????????? ???????????? ????????? ???????????? ??????????? ????? ????? ??????????? ????????????? ???????? ????? ????????? ???????? ?????????? ????????? ???????????
Ertinya : ” Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam Hadith :-
?????? ???? ??????? ?????????? ??????????????? ?? ?????????
Ertinya : “Rasulullah S.A.W telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)”
( Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih) .
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.”  (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur” [Riwayat Ahmad].
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan”. (riwayat Ahmad
Oleh yang demikian, tidak kira sama ada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah  jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah, menyimpannya dan membelanjakannya adalah haram.

Jenis – Jenis Kesalahan Rasuah
Berikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-

Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

Tindakan Pencegahan

Pendidikan
i)  Pendekatan menerusi pendidikan adalah satu-satunya yang terbaik. Generasi muda, generasi pelajar hari ini wajib dididik, diajar supaya membenci, memusuhi dan seterusnya menghindari amalan rasuah. Nilai-nilai ‘bersih’ dan ‘adil’ akan menjadi tema penting dalam kurikulum pendidikan.
ii). Menerusi kurikulum baru pendidikan Islam yang telah dilaksanakan jelas memberikan penekanan akhlak yang amat terpuji. Di dalamnya termasuk nilai seperti amanah, bijaksana, bertanggung jawab, iffah (harga diri), ihsan, berani dan lain-lain.
iii)  Konsep Allah melihat apa yang kamu lakukan; setiap perbuatan baik akan dihitung walaupun sebesar zarah dan begitu juga perbuatan yang jahat; jasad yang tumbuh dari makanan yang haram akan menjadi bahan bakar api neraka dan seterusnya mendidik adab pelajar serta tanggungjawab terhadap Allah dan makhluk lain.
iv)  Meningkatkan Kesedaran
Kempen meningkatkan kesedaran rakyat tentang bahayanya rasuah. Ini boleh dilakukan menerusi media massa seperti akhbar, radio dan televisyen.
v) Kesedaran yang mendalam di kalangan masyarakat supaya mengelakkan amalan memberi rasuah dan menerima rasuah.
vi) Menggubal Dasar
Menggubal dasar-dasar yang mampu memberi peluang yang seimbang untuk rakyat mendapatkan hak mereka sekiranya berkelayakan dan sekali gus menafikan dasar pintu belakang
Rumusan
Semua harta yang diperolehi daripada jalan rasuah adalah haram, menyimpannya dan membelanjakannya adalah haram. Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam perkara ini  memerima kehidupan yang tidak diredhai dan diberkati Tuhan.
Gejala rasuah banyak mencetuskan pelbagai kes jenayah seperti peras ugut, bunuh, dendam dan pelbagai perkara lain yang boleh memusnahkan kehidupan manusia secara keseluruhannya dan menghalang kepada pembentukan integriti dalam sesebuah masyarakat.
loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Hidayah milik Allah SWT. © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top