Assalamualaikum ustaz… saya nak kepastian tentang hukum wanita sujud atas kain telekung sendiri. Adakh sujud dikira sah? Mohon pencerahan dari ustaz.
JAWAPAN:
1) Sujud merupakan salah satu dari rukun solat, antara syarat sah sujud, wajib mendedahkan sekurang-kurangnya sebahagian dari dahi agar menyentuh di tempat sujud.
2) Jika seseorang sujud di atas sesuatu yang menghalang antara seluruh dahinya dengan tempat sujud maka solatnya tidak sah jika penghalang itu bersambung dengannya atau atas tanggungannya seperti hujung pakaiannya yang mana pakaian turut bergerak apabila dia bergerak ketika berdiri dan duduk.
3) Fakta di atas ada dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar di dalam karangan beliau “al-Minhaj al-Qawin”:
ﻭﺷﺮﻃﻪ ﻋﺪﻡ اﻟﺴﺠﻮﺩ ﻋﻠﻰ ﺷﻲء ﻣﺤﻤﻮﻝ ﻟﻪ ﺃﻭ ﻣﺘﺼﻞ ﺑﻪ ﺑﺤﻴﺚ ﻳﺘﺤﺮﻙ ﺑﺤﺮﻛﺘﻪ ﻓﻲ ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺃﻭ ﻗﻌﻮﺩﻩ ﻓﺈﻥ ﺳﺠﺪ ﻋﻠﻴﻪ ﻋﺎﻣﺪا ﻋﺎﻟﻤﺎ ﺑﻄﻠﺖ ﺻﻼﺗﻪ ﻭﺇﻻ ﻟﺰﻣﻪ ﺇﻋﺎﺩﺓ اﻟﺴﺠﻮﺩ
Maksudnya: “Syaratnya(sujud) tidak sujud atas sesuatu yang ditanggung olehnya atau yang bersambung dengannya yang mana ia bergerak dengan gerakannya ketika berdiri dan duduk. Jika seseorang itu sujud di atasnya secara sengaja dan tahu(tidak jahil) maka batal solatnya. Jika tidak (sengaja atau jahil) maka wajib dia mengulangi sujud”.
4) Berdasarkan kenyataan Imam Ibnu Hajar di atas, maka jelas bahawa wanita yang sujud di atas telekungnya sendiri maka sujudnya tidak sah, apabila sujud tidak sah maka solat juga tidak sah. Ini kerana telekung yang dipakai bersambung dengan dirinya atau ditanggung olehnya, malah turut bergerak dengan pergerakkannya.
5) Namun jika sujud di atas i) sesuatu yang tidak bergerak dengan pergerakkannya atau ii) sesuatu yang bukan tanggungannya tetapi bergerak dengan gerakannya maka sujud tetap sah. Perkara ini juga dinyatakan di dalam rujukan yang sama:
ﻓﺈﻥ ﻟﻢ ﻳﺘﺤﺮﻙ ﺑﺤﺮﻛﺘﻪ ﺃﻭ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﻣﻦ ﻣﺤﻤﻮﻟﻪ ﻭﺇﻥ ﺗﺤﺮﻙ ﺑﺤﺮﻛﺘﻪ ﻣﺜﻞ ﺃﻥ ﻳﻜﻮﻥ ﺳﺮﻳﺮا ﻫﻮ ﻋﻠﻴﻪ ﺃﻭ ﺷﻴﺌﺎ “ﻓﻲ ﻳﺪﻩ” ﻛﻌﻮﺩ ﺟﺎﺯ اﻟﺴﺠﻮﺩ ﻋﻠﻴﻪ
Maksudnya: “Jika tidak bergerak dengan gerakannya atau bukan tanggungannya meskipun ia bergerak dengan gerakannya sepertimana dia berada di atas katil atau sesuatu pada tangannya seperti kayu maka diharuskan sujud di atasnya.
6) Antara contoh lain untuk lebih mudah difahami. Simbol (i) seperti seorang wanita sujud di atas hujung kainnya yang sangat labuh dan besar yang mana pergerakan dirinya tidak memberi kesan pada hujung kainnya. Manakala simbol (ii) seseorang memegang tasbih ketika solat, apabila hendak sujud tasbih itu berada di tempat sujud. Dalam kedua-dua situasi begini tidak membatalkan sujud.
7) Antara keadaan lain, seorang wanita yang bersolat berjemaah lalu sujud di atas kain telekung rakannya di sebelah, maka sujud sebegini tetap sah kerana dia bersujud di atas sesuatu yang tidak bergerak dengannya gerakannya dan bukan di atas tanggungannya.
Wallahu A’lam
loading...
The Rise and Fall of the Slots Casinos - Dr. Maryland
ReplyDeleteThe rise and 경주 출장마사지 fall of the Slots Casinos. By the 과천 출장샵 end of this year, it is the first time that casino games 동두천 출장안마 have seen a 시흥 출장샵 spike in 경상남도 출장마사지