Gambar Hiasan

Mengapa sukar untuk bangun awal pagi untuk solat Subuh sedangkan jam sudah berbunyi? Ketika hendak bangun, seluruh anggota badan dan mata terasa sangat malas. Adakah ketika itu syaitan sedang menghasut kita supaya sambung tidur?

Rasulullah SAW bersabda ; “Ketika seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga simpulan di kepalanya. Untuk setiap simpulan, ia mengatakan: Tidurlah engkau sepanjang malam. Ketika dia terbangun lalu menyebut nama Allah SWT, maka lepaslah satu simpulan. Jika di berwuduk, lepas lagi satu simpulan dan jika dia solat, terbukalah semua simpulan. Ketika bangun pada waktu pagi, dia berasa penuh semangat dengan badan yang segar-bugar. Jika tidak, dia akan bangun pada waktu pagi dengan perasaan serba tidak selesa dan malas.” (HR Bukhari)

Jika begitulah gambarannya, bayangkanlah betapa banyaknya simpulan yang mengikat umat Islam yang tidak bangun pagi bagi menunaikan solah Subuh. Simpulan itu bukan seperti simpulan tali tetapi ia adalah ikatan yang menghalang kita dari melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Tidak dinafikan solat Subuh memang berat untuk dilaksanakan kerana selalunya ketika itulah diri terasa mengantuk yang amat sangat. Sedangkan, jika awal pagi dimulakan dengan baik, ia akan mempengaruhi keseluruhan hari yang berakhir dengan kebaikan. Justeru, lawanlah hasutan syaitan yang melalaikan dan menyebabkan kita dalam keadaan yang rugi.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa apabila seseorang tidur, syaitan mengikatnya dengan tiga ikatan. Jika tidak dilepaskan, ikatan-ikatan ini berpengaruh pada jiwa dan semangat. Khususnya semangat beramal.

Bagaimana cara melepaskan ikatan-ikatan tersebut? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ ، فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ ، وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ

“Apabila kalian tidur, syaitan membuat tiga ikatan di tengkuk kalian. Di setiap ikatan setan akan mengatakan, “Malam masih panjang, tidurlah!” Jika ia bangun lalu berzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan. Kemudian jika ia berwudhu, lepas lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika ia mengerjakan solat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya jadi kotor dan malas. “(HR. Al Bukhari)

Demikianlah cara syaitan bekerja. Ia tidak pernah berputus asa untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Pelbagai cara ia lakukan, termasuk program rutin tiap malam. Yakni, syaitan membuat ikatan di tengkuk orang yang tidur. Bukan hanya satu ikatan, tetapi tiga lapis ikatan. Para ulama berbeza pendapat sama ada ikatan yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah ikatan yang sebenarnya atau tidak. Namun pada dasarnya, para ulama sepakat syaitan boleh membuat jiwa menjadi kotor dan malas dengan cara seperti hadis tersebut.

Jika kita melihat fenomena kehidupan umat Islam dewasa ini, agaknya program syaitan ini cukup berjaya. Penunjuk, banyak masjid yang sepi saat Subuh. Banyak muslim yang terlambat bangun alias kesiangan. Lalu kesannya, kita mendapati masyarakat muslim yang wataknya jauh dari nilai-nilai Islam dan semangat beramalnya rendah. Persis seperti pengumpulan “khabiitsa an nafsi kaslan” pada hadis tersebut.

Agar dapat melepaskan diri dari tiga ikatan syaitan tersebut, tidak ada cara lain kecuali mengikuti petunjuk Rasulullah.

Bangun dan Berdoa

Langkah pertama adalah segera bangun sebelum subuh dan berdoa. Doanya adalah sebagaimana yang diajarkan Rasulullah:

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan (membangunkan) kami setelah mematikan (menidurkan) kami dan kepada-Nyalah kami dibangkitkan” (HR. Al Bukhari)

Dengan bangun dan mengucapkan doa ini, satu ikatan syaitan terlepas.

Berwudhu

Tidak sedikit orang yang bangun sebelum subuh, tetapi ia hanya ke bilik mandi untuk buang air kecil kemudian tidur lagi. Artinya ia belum boleh lepas dari seluruh ikatan syaitan. Tetapi jika selepas bangun dan berdoa ia kemudian berwudhu, maka terlepaslah ikatan kedua. Kini tinggallah ikatan ketiga, ikatan terakhir.

Solat

Dengan melakukan solat malam sekurang-kurangnya dua rakaat, terlepaslah ikatan syaitan yang ketiga. Jadi seluruh ikatan tersebut lepas sudah. Dan oleh itu jiwa orang tersebut menjadi bersih dan ia bersemangat di pagi harinya. Semangat beribadah, semangat beramal, semangat menyemai kebajikan.

Selain menempuh tiga langkah tersebut, sebahagian ulama menjelaskan, langkah pencegahan juga tak kalah penting untuk dilakukan. Yakni berzikir dan berdoa sebelum tidur serta menjaga adab-adabnya. Wallahu a’lam bissawab.
Wallahu a’lam
loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
Hidayah milik Allah SWT. © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top