Assalamualaikum warahmatullah, Hari ini sudah masuk seminggu kelopak mata bahagian atas sebelah kiri bergerak-gerak. Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan saya. Saya masih ingat masa kecil-kecil saya pernah mengadu mata saya bergerak-gerak dan mak pernah beritahu, ada beberapa tanda/alamat/petunjuk jika mata kita bergerak-gerak. Antara kata-katanya yang masih saya ingat : Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah) Apapun alamatnya, saya rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan saya mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang saya jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress. Semoga mata saya cepat sembuh. Di bawah saya sertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama. Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan Bibir bawah bergerak = akan menangis Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan Telinga bergerak-gerak = berkelahi Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia Hah... kalau pipi kiri korang tak pernah bergerak-gerak, maknanya korang tak bahagialah... huk... huk... huk.... Wallahu‘alam....
loading...
0 comments Blogger 0 Facebook
Post a Comment